You Are Here: Home - Fikrah - [MinDa Presiden] Perbezaan Yang Mendekatkan Diri Kepada Allah

 http://4.bp.blogspot.com/-oY4Uj7v6RBc/U0-l9CP05cI/AAAAAAAADrQ/ds40_uM0Q5c/s1600/384561_536266063056095_201459056_n.jpg

[MinDa Presiden] Perbezaan Yang Mendekatkan Diri Kepada Allah
Oleh: Mohd. Ikram
Presiden PMFP

Berbeza pendapat adalah perkara biasa bagi makhluk yang berakal. Allah SWT juga ada mengkhabarkan hal ini seperti maksud ayat Al-Quran:

"Dan sentiasalah mereka berselisih pendapat, melainkan mereka yang diberi rahmat Allah tuhan mereka." (Hud: 118-119.)

Setiap orang yang berpegang dengan prinsip pula pasti akan bersungguh untuk mempertahankan pendapat.

Namun, pernahkah kita terfikir, disebalik perbezaan, disitu terletak kunci untuk lebih dekat kepada Sang Pencipta sekelian Alam? Nabi SAW mengajarkan kepada kita satu doa yang cukup indah, cukup utuh bagi meruntuhkan tembok kesombongan yang ada dalam diri...

“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)."

Renungkan dalam diri kita.. adakah kita begitu sombong dengan pendapat sendiri, berdebat dengan angkuhnya ataupun kembali kepada Allah, tunduk, merayu, merintih memohon petunjuk daripadaNya?
Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply