You Are Here: Home - Fikrah - Menolak Kebenaran Adalah Satu Kesombongan

 
 Sumber gambar: Ihsan internet
 
[MinDa Presiden]: Menolak Kebenaran Adalah Satu Kesombongan
Oleh: Mohd. Ikram
Presiden PMFP

Dalam hadith, Nabi SAW mengkhabarkan yang bermaksud:
“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim) [1]

Dalam sejarah penciptaan makhluk, antara yang pertama mempertahankan kesilapan dan bersikap sombong adalah Iblis. Hal ini dirakamkan di dalam surah Al-Baqarah [2].

Disebabkan sikap takbur, maka iblis dilaknat oleh Allah SWT. Cuba kita renungkan, Iblis tahu Allah yang menciptakannya, iblis tahu akan syurga dan neraka, Iblis tahu akan segalanya berkaitan kehidupan di hari kemudian. Namun disebabkan kesombongan, dia menolak malah mempertahankan kesilapan yang telah nyata.

Berbeza dengan Adam dan Hawa yang juga tersalah ketika terpengaruh memakan buah larangan. Tanpa rasa sombong, merayu dan merintih kepada Allah yang Maha Pengampun seperti mana doa mereka dalam surah Al-A'raaf [3].

Islam adalah agama yang memahami insan sebagai makhluk yang akan berbuat kesilapan.

“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah) [4]

Namun, indahnya Islam, sama ada banyak atau sedikit, jalan pulang ke pangkuan Allah sangat luas [5], selama mana kita tidak sombong terhadap kebenaran yang telah jelas dan nyata. Lapangkanlah jiwa kita untuk menerima kebenaran...

Wallahu'alam...

_________________
Nota kaki:

[1] Hadith penuh dalam artikel Jauhilah Sikap Sombong. Retrieved May 3, 2014 from http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/jauhi-sikap-sombong.html

[2] “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir“ (QS. Al Baqarah:34)

[3] Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". [Al-A'raaf: 23]

[4] Sumber hadith: http://drmaza.com/home/?p=1608

[45] Baca artikel Prof Madya Dato' Dr Mohd. Asri Zainul Abidin, "Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas". http://drmaza.com/home/?p=406

Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply