You Are Here: Home - Monolong Dalaman - Kerna cinta, aku penat keranaMu Ya Allah

--- Kerna cinta, aku penat keranaMu Ya Allah ---

Cinta itu penat..
Tanda cinta, sanggup lelah kerananya..

Bayangkan insan yang cintakan harta..
Terkadang, walau sakit sanggup bergadang mencari harta...
Semuanya semata kerna cinta...

Hayati pula sang pengekor jawatan..
Lelah berkempen..
Walau bahaya mendatang,
Sanggup diredah kerna cinta...

Lain pula pencinta syahwat..
Tatkala berjauhan, peritnya hati menahan rindu..
Bila bersama, beratnya hati untuk berpisah..
Lelah menahan bebanan hati..

Nah..
Cuba kita ungkapkan pula bagaimana andai cintakan Allah dan Rasul?
Dalam basahnya lisan dan tulisan mengaku cinta....
Sanggupkah berpenat kerananya?

0 comments

Leave a Reply