You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Ceramah Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Bismillahirrahmaanirrahim.

Hari ni sempat pi ceramah Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Siapa tak kenal pengarang buku best seller, Laa Tahzan.. Syaikh datang Malaysia dan sempat bagi pengisian di Masjid UiTM. Pengisian cuma perbincangan umum je..

Aku datang lambat sikit, sebab lepas maghrib bas lambat. So, bila sampai masjid, pengisian dah sampai setengah.. Ada beberapa perkara yang aku ingat...

1. Cara penulisan kitab Laa Tahzan yang tiada bab.
"Kata Syaikh, dia nak buat kelainan sikit kat buku tu dan ikut method Al-Quran yang tidak ada bab khusus"

2. Ada seorang muslimah ni tanya soalan "Macam mana nak menghadapi musibah sampai kadang-kadang terasa Allah tak sayang kita?"

"Kata Syaikh (lebih kurang), dunia ni bukan syurga, jadi kita memang akan sentiasa diuji oleh Allah SWT"

Syaikh juga menyatakan hadith di bawah yang menyuruh bersabar tatkala musibah dan bersyukur dengan kebaikan. Inilah sikap seorang mukmin dan kedua-dua adalah baik baginya.

"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Apabila mendapat kelapangan, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan, bila ditimpa kesempitan, maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya" (Riwayat Muslim)

Wallahua'lam

0 comments

Leave a Reply