You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Peristiwa selepas solat asar tadi: Berdoa selepas solat...

Aku memang tak amalkan doa selepas habis solat secara berterusan. Sebab yang aku belajar, bukan contoh daripada Nabi SAW. Tapi kalau kena jadi imam, buat la jugak..huhu.. Tadi masa solat Asar, imam masa tu 'Pak Arab'. Selepas habis solat, bilal tu nak dia yang baca doa, sebab dia tau Pak Arab tu memang tak baca selepas solat.. Apa lagi, terus Pak Imam Arab tu bagi ceramah pasal benda tu kat jemaah.. huhu..

Intipati dia sama je macam apa yang aku belajar. Doa ramai-ramai selepas solat yang dibuat berterusan macam kat tempat kita ni bukan la satu contoh daripada Nabi SAW, ditambah pulak dengan zikir beramai-ramai dengan suara kuat-kuat.. Buat sendiri-sendiri je...

Antara tempat-tempat yang Nabi SAW anjurkan untuk berdoa ialah selepas habis bacaan tasyahud akhir sebelum salam. Haaa, time tu aku buat. Cumanya kata Pak Arab tu, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rah kata, beliau cenderung untuk kata baca doa tu selepas salam. Cuma tak la dilakukan sampai menjadi satu kewajipan, kalau tak buat macam lain..

Ni just cerita je. Pembahasan lebih lanjut boleh search kat yufid.com... Wallahu'alam..

0 comments

Leave a Reply