You Are Here: Home - Monolong Dalaman - PRU13: Dr Fathul Bari (Calon BN) dan Cikgu Syukri (Calon PAS)

 Politik kasih sayang...

PRU13.. Dr Fathul Bari tewas di Sanglang. Apapun semua ada hikmahnya. Walaupun aku bukan orang PAS, malah berbeza dalam beberapa perkara dengan PAS, tapi setiap Muslim itu bersaudara :).

Ahli sunnah, bersama-sama dengan pemerintah yang menang. Ketaatan kepada pemerintah termasuk di dalam usul Akidah.
Ahli Sunnah tetap bersama-sama dengan pemerintah yang menang, walaupun mereka naik dengan cara yang tidak syar'i. Ahli Sunnah mementingkan perpaduan ummah bukan perpecahan...

Kita taat pemerintah Muslim pada perkara baik, tidak taat pada perkara maksiat, tidak memberontak, berdakwah kepada mereka dengan cara yang syar'i seperti di dalam dalil, mendoakan kebaikan mereka, mengislahkan diri sendiri... Ini adalah berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dan kefahaman Salafussoleh.
Kepada yang menang(Cikgu Syukri, PAS), semoga dapat jalankan tugas ngan baik. Kepada yang tewas (Dr Fathul Bari, BN), kami masih dahagakan ilmu from Dr.. Teruskan dakwah, insyaAllah, kami support dari belakang.

Asalnya, aku memang tak berapa setuju Dr Fathul bari jadi calon, sebab jelas demokrasi tu bukan sistem Islam dan tak patut bergelumang di dalamnya melainkan dharurat. Cumanya mungkin dia ada sebab tersendiri. Apapun, macam yang aku kata kat atas, kami masih dahagakan ilmu dari Dr. InsyaAllah, akan difikirkan program-program bersama Dr Fathul dan rakan-rakan dari iLMU yang lain..

"Saya menyokong perpaduan umat Islam"

0 comments

Leave a Reply