You Are Here: Home - Fikrah - I still remember during that time... :'(


I still remember this advice from someone.. Masa tu aku sangat keliru. Mungkin baru nak masuk ke alam mencari identiti, atau mencari hala tuju, manhaj, etc,etc... Kalau ikut teori Eric Ericsson (Educational psychology), baru nak masuk stages 5, identity vs identity confusion. Tahap umur 18 - 20 tahun. Mungkin betul la kot..wallahu'alam

So, aku tanya la kenalan ni, tak silap aku pelajar Universiti Islam Madinah, takhassus Hadith (tak berapa ingat..). Nasihat dia sangat menyenangkan.. Alhamdulillah... :'). So, aku nak kongsi nasihat tu..

Allah berfirman:
ولا يزالون مختلفين إلا من رحم ربك
 

Dan sentiasalah mereka berselisih pendapat, melainkan mereka yang diberi rahmat Allah tuhan mereka. ( Hud: 118-119.)
 

Orang yang beriman kepada Allah azza wa jalla dan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam sentiasa akan sentiasa ada perasaan rindu dan cinta.
 

Di sini, kita berusaha mencari perkara yang paling dekat dengan Sunnahsollallahu 'alaihi wa sallam - dari segi Aqidah, HuKum, Akhlak, Penyucian Diri- supaya dapat diikuti. Memang manusia berbeza pandangan dan pendapat. Namun, kebenaran mesti dicari. Dan kebenaran hanya ada pada Allah dengan mengikut jalan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam.
 

Firman Allah:
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم
Katakan (kepada Ahli Kitab): Jika kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku, maka Allah akan mencintai kamu dan mengampun dosa kamu (Ali 'Imran: 31)
 

Teruskan mencari kebenaran. Mudah2an kita dibangkitkan bersama dengan kumpulan Nabi sollallahu 'alaihi wa salam
Pengubat duka ketika keliru.....(Semoga Allah memberkati seorang Ustaz atas kuliah beliau yang memperkenalkan doa Nabi SAW kepada aku.. Jazakallahu khairan..)

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ ، وَمِيكَائِيلَ ، وَإِسْرَافِيلَ ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)." (Sumber)
Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply