You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Kritikan: Aih... Banyaknya perselisihan dalam Islam...

http://www.freeimagehosting.net/uploads/1d0ab13588.jpg

Tadi kawan aku cakap dan mengeluh... "Aih.. bnyak nya perselisihan di kalangan Umat Islam"..  

Mendakwa hanya Islam yang mempunyai perselisihan tidak tepat. Perselisihan ni berlaku pada semua golongan. Contoh dalam kristian sendiri, bagaimana perselisihan semasa zaman Renaissance di antara Gereja Katolik sehingga Martin Luther membuat mazhab Protestant. Aliran sekularisme dan pluralisme juga adalah hasil perselisihan dengan pihak gereja. Perselisihan juga berlaku di antara yahudi Orthodox dan Zionis. 

Malah kalau kita tengok dalam dunia akademik, berapa banyak berlaku perselisihan pendapat di kalangan para sarjana, dalam kimia, biologi, dan sebagainya. Jadi mengeluh seolah-olah hanya Islam yang berlaku perselisihan adalah satu pendapat yang kurang tepat dan tidak adil. Firman Allah SWT:
"Dan sentiasalah mereka berselisih pendapat, melainkan mereka yang diberi rahmat Allah tuhan mereka. ( Hud: 118-119.)"
PERSELISIHAN DI DALAM ISLAM 

Aku tidak nafikan memang berlaku perselisihan yang bnyak di kalangan Umat Islam. Dan hal ini tidaklah menjadi satu perkara yang asing. Masih ingatkah lagi kita dengan hadith iftiraq Ummah? (Perpecahan umat kepada 73 golongan?).

Perselisihan adalah perkara yang telah diberitakan oleh Nabi yang kita sayangi, Muhammad SAW sejak 1400 tahun yang sudah. Malah bukan sahaja di beri amaran, di berikan juga solusi apa yang umat Islam perlu lakukan. Hayati hadis di bawah..
Dan barangsiapa yang masih hidup di antara kalian setelahku, niscaya ia akan mendapatkan perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian berpegang pada sunnahku dan sunnah para Khulafaur-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu !!” [1]
Maka, berdoalah kepada Allah supaya ditetapkan dalam ajaran yang lurus, yang diredhai-Nya. Kita hidup di zaman yang penuh kekeliruan, dari sudut akidah, sehingga lah ke isu-isu politik, demonstrasi, demokrasi dan sebagainya. Sebagai penutup, aku nak kongsikan satu doa yang diajar oleh Nabi yang mulia, SAW. [2]. 

Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat kasih dan sayang-Nya. Wallahu'alam

_________
Nota Kaki:

[1] Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud, Kitaabus-Sunnah, Baab Fii Luzuumis-Sunnah, no. 4607. Dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/118-119, Al-Irwaa’ 8/107-109 no. 2455, dan Al-Misykah 1/58 no. 165. (sumber hadith dan takhrij)


“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)."

0 comments

Leave a Reply