You Are Here: Home - Akademik - Mereka telah berjaya...

https://lh6.googleusercontent.com/-sjMHtdham-U/Tswe3lZz-BI/AAAAAAAAAa4/bDR9eOiKrc0/s720/A%252B.jpg

Yuen Leng mahu keluarga berjaya - 4A STPM
"Saya tidak belajar sepanjang masa tetapi melatih diri supaya tidak membuang masa yang ada. Selain belajar, saya juga banyak bertanya guru bagi menyelesaikan masalah pembelajaran.

"Saya lebih suka mengulang kaji seorang diri berbanding berkumpulan. Ini kerana bagi saya belajar secara berkumpulan kurang berkesan kerana tahap kefahaman di antara satu sama lain tidak sama," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Mazian anggap satu kejutan dapat 5A - 5A STPM
"Alhamdulillah, harapan ayah dan mak hendak melihat saya berjaya dalam STPM tercapai. Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik selepas ini untuk mengubah masa depan keluarga.

"Saya nak hadiahkan kejayaan ini kepada mak dan ayah serta keluarga yang banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang saya belajar," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.
'Guru ganti' SMKA Durian Guling pelajar terbaik STPM Terengganu - 5A STPM
Menurut Abdul Rahim, dia tidak menjadikan kehidupannya yang susah selepas kematian bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori, penghalang untuk berjaya.
Tags: Akademik

0 comments

Leave a Reply