You Are Here: Home - Adab dan Perilaku Muslim - Tips mudah untuk tahu diri tutup aurat ngan sempurna atau tidak...

Seluar pendek? Bukan tak boleh pakai,bolah jaa.. tapi bila nak keluar atau ada wanita ajnabi atau individu yang tak boleh kita nampakkan aurat kita..... tak boleh laa..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Sejak tadika lagi kita dah diajar untuk tutup aurat (untuk muslim). Tapi malangnya masih ada yang tidak tahu tutup aurat dengan betul. Aku rasa dia bukan tak mau tutup, tapi dia tak sedar yang diri dia tu tak tutup aurat dengan baik tapi dia rasa dah tutup aurat. Mungkin kot..

So, aku pun terfikir. Macam mana nak make sure yang kita ni dah tutup aurat dengan baik. Ok, secara umumnya etika berpakaian seorang muslim ialah:

1. Menutup aurat (lelaki dan wanita)
2. Tidak merupakan pakaian syuhrah (kesombongan, pelik)
3. Tidak menyerupai jantina lain
4. Tidak menyerupai pakaian ritual keagamaan lain.
5. Tidak bertabaruuj..
6. Apa lagi ekk.. tu je kot..

Dalil-dalil nya boleh search di internet. Sangat banyak.. Aku suggest guna search engine ni.. www.yufid.com. Sebab dah kena filter, insyaAllah yang sah sahaja..

Ok.. balik kepada tips..

Tips nya mudah jaa.. Mula-mula berdiri kat cermin dan tengok pakaian masing-masing. Contohnya pakaian tak boleh ketat. So, tengok la di cermin.. Kalau kita nampak ketat, tukar la pakaian lain.. Yang ketat tu, pakai kat rumah jaa... Kalau nak keluar, cari yang longgar sikit. Dan seterusnya.. Senangkan?

Kenapa kena tutup aurat? Sebab perintah Allah. Jadi dalam rangka menyembahNya, kena la patuh. Sembah Allah atau ibadat ni bukan sekadar masa solat. Kalau berfikiran semata-mata masa solat, memang menyimpangla..

Ingat lagi tak antara intipati janji kita dalam syahadah? 
"Tidak ada Tuhan yang layak diibadahi dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
"Ehh... apsal la susah sangat"... Ada ke orang mengeluh macam tu? Aku teringat satu kuliah Ustaz. Katanya setiap perintah yang Allah berikan adalah untuk kebaikan hambaNya.. Untuk kemaslahatan kita..

But it make sense, Am I right? Allah SWT created us. So, the one who know what is good and bad for us, must be Him, the creator. Sometimes, we didn't know the advantages because lack of knowledge, but pengetahuan Allah, Maha luas...

Moreover, the heaven is very,very,very 'expensive'. It is not FOC. We need to buy it with something... With Money? Nooo... Gold? Noooo... Silver? Nooo... Tapi dengan patuh kepada perintah Allah dan tinggal larangan (pengorbanan)

Belum sampai seru? tau tak pemikiran mcam tu menyimpang? Kena ubah mentaliti macam tu...
Allah Tak Buka Lagi La Pintu Hati Aku. Nanti Aku Buat La..
http://muslimin88.blogspot.com/2011/07/penyimpangan-akidah-allah-tak-buka-lagi.html

p/s: Hehe.. moral of the story? Kita buat refleksi diri.. Muhasabah, cermin diri... tu ja sebenarnya.. 

Artikel lain:

~Saudariku, Apa Yang Menghalangimu Untuk Menutup Aurat?~
http://muslimin88.blogspot.com/2011/11/saudariku-apa-yang-menghalangimu-untuk.html

~Download Jilbab Wanita Muslimah Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah (Terjemahan)~
http://muslimin88.blogspot.com/2010/09/istimewa-untuk-wanita-saudariku-apa_02.html

0 comments

Leave a Reply