You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Politik: Dr Hasan Ali dipecat

Aku buka list blog yang aku follow, ternampak satu artikel yang Dr Hasan Ali dipecat. Aku terkejut gak la walaupun tak la terkejut sangat, sebab memang berlaku sedikit kontroversi antara beliau dengan beberapa pimpinan PAS, walaupun pada asalnya macam ada beberapa usaha nak menidakkan 'pokok-pokok yang bergoyang tu"..

Bagi aku la, walaupun aku dah baca kat harakah ucapan Presiden PAS, tindakan Dr "menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS", tapi aku tak faham apa yang merugikan parti..

Kalau kita ikut perkembangan semasa, Dr Hassan lantang memperkatakan Islam. Apakah itu merugikan PAS? Adakah semata-mata dia mengkritik Dr Anwar merugikan PAS? Dr Anwar tu pun bukan kita tahu dia betul atau salah, hanya yang terlibat dan buat dakwaa yang tahu sapa yang bohong.. Kalau merugikan DAP ke MCA ke atau mana-mana orang kafir yang nak memerangi Islam tu mungkin la... Ntah la, mungkin selok belok dalaman parti politik ni susah nak di faham kalau tak masuk dalam arena tu sediri.. Tapi kalau semata-mata takut orang PKR dan DAP tak undi, memang aku tak faham la perangi macam tu..

Walaupun aku agak anti parti2 ni, tapi aku harap Dr Hassan teruskan perjuangan untuk memperkatakan Islam, tanpa platform mana2 parti pun tidak apa, malah sejak akhir-akhir ni, itulah yg aku perasan tindakan Dr Hassan Ali. Islam itu mebih luas melangkaui sebarang partai2 yang memecahbelahkan umat, sedangkan Nabi SAW sudah mengajar kita bagaimana hendak berinteraksi dengan pemerintah yang Muslim.

Dasar PAS itu memperjuangkan Islam (tapi DAP???).. Tapi Islam bukan semata-mata PAS. Dr Asri sebagai contoh, boleh sahaja memperkatakan Islam tanpa platform mana-mana parti politik, malah menjadi satu fenomena pada masa sekarang. Kata-katanya dibaca dan didengari oleh masyarakat..

Semoga Allah ampunkan kesilapan kita semua..

0 comments

Leave a Reply