You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Ummi.. It's been a long time... Part 2

http://www.1999.co.jp/itbig08/10086665a.jpg
Apa kena mengena gambar ni?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dulu aku pernah tulis part one punya. Ni link.. Part 1

Sambungan...

My Ummi, (ni yang aku tau la, kurang skit info berbanding ngan my big brother and my sister)

Dia orang Kelantan. Ayah dia ustaz mengajar pondok. Tak silap aku la, Pondok Geting. Background of study aku tak sure sangat. Tapi dia lulusan Universiti Malaya. Kerja sebagai guru. Kahwin dengan my father tak silap tahun 1986..

What make her so special? Aku pun sebenarnya tak sure sangat sebab tak lama hidup dengan dia. Tapi bila balik Kelantan, kalau sebut je Azizah, mesti saudara-saudara aku macam nampak lain, macam yang aku cerita bila aku sebut Azizah kat Dr Najib kat post lepas tu.. Apa yang jadi masa zaman kecil dia ekk? (yang ni aku perasan jaa…)

Tapi my ummishe is a very strong person. Ayah aku pernah cerita, dia sakit sejak muda lagi, sebelum dia kahwin ngan ayah aku. Hepatetis B ke apa.. (yg nih, my sister can confirm it).. dan pernah tak nak kahwin sebab tak boleh mengandung (ayah aku yang citer, ingat-ingat lupa. Maybe sebab penyakit tu kot). Tapi, anak tu kan kurniaan Allah… lalu muncul la jugak kami lima beradik… peace V=_=’

Masa dia kecil sampai le besar, yang aku tahu memang keluarga dia ada sedikit masalah, tak perlu la kot aku cerita. Tapi apa yang nak aku highlightkan ialah, dia bertabah harungi semua tu, kahwin, berkeluarga, dan akhirnya kembali kepada Allah SWT. Macam tu la kan kitaran hidup kita? Ntah bila la giliran kita ekk..

Ada tiga perkara yang antara aku ingat sampai sekarang sebelum saat-saat dia meninggal (Meninggal masa aku darjah 3):
1. Dia yang ajar aku baca quran, kemudian aku jadi boleh baca. Aku ingat lagi masa tu darjah 2. Aku memang lemah betul baca quran masa darjah 1 dan 2. Darjah 1 dan 2 aku mengaji kat kelas agama Pulau Pinang. Lepas balik Sabah (darjah 2), aku tak pi dah sek agama, jadi memang my ummi yang ajar.. Alhamdulillah sampai sekarang, kira boleh la jadi Imam solat. Rasanya la, banyak tak pahala yang ummi aku dapat? Harap-harap banyak.. amin,amin..

2. Masakan special dia yang paling last aku rasa, Laksam. Masa kat Sabah baru-baru ni, makcik aku (Makcik Nora, isteri adik ayah aku, orang kelantan gak) bagi tau, ummi aku tu mmg terror masak laksam..Oooo.. Baru aku tau..

3. Game bata dengan kereta (Hahaha, sila tengok gambar kat atas tuh..). Yang ni, kami (ngan adik beradik lain) beli kat kedai, di area bawah tempat dia berubat dulu.. Memang aku ingat betul part ni..
Yang penting jadi anak soleh solehah yang mendoakan ibu bapa. Tu antara amalan yang akan berkekalan walaupun our parents dah takde.. Silalah rajinkan diri untuk meng’google’ hadith tiga amalan yang tak terputus kalau dah mati nanti..

So, mengaku sayangkan ibu ayah?? Jadilah anak soleh solehah, iaitu bertaqwa kepada Allah SWT semampu kita.. Kadang2, orang suka tiru amalan happy father’s day la, mother’s days la etc,etc, tapi bagi aku Islam tak ajar nak merayakan macam2 perayaan baru ni..

Rasanya macam nak sambung part last...

Wallahu’alam

p/s: Kakteh, kalau ada salah info, betulkan... huhu

0 comments

Leave a Reply