You Are Here: Home - Monolong Dalaman - Mencari Ketenangan...

Aku rasa susah mencari ketenangan. Kat mana silapnya? Mungkin aku tau silapnya dimana. Aku tengok orang lain macam tenang je semua. Kenapa aku rasa macam aku sorang je tak tenang?

Perbuatan maksiat memang menyebabkan hati tak tenang. Aku masih teringat lagi kat buku Ad-Daa' Wa Ad-Dawaa' yang aku baca. Perbuatan maksiat menyebabkan hati tak tenang, tapi orang masih nak buat maksiat...

Tapi ntah la.. Kadang2 aku silap gak, tapi aku bertaubat. Tapi ketenangan tu aku masih tak rasa. Mana silapnya? Adakah taubat aku tak ikhlas?

Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Tapi aku cuba untuk ingat Allah. Solat jemaah, dengar ceramah, zikir.. Cuma, ketenangan itu...hmmm...

Ya Allah, mana silapnya Ya Allah... Aku sedar aku hamba yang berdosa. Aku sering merintih untuk menagih pengampunanMu, kerana aku sedar tanpa pengampunan dariMu, aku termasuk golongan yang rugi... Kurniakan aku ketenangan itu Ya Allah..

0 comments

Leave a Reply