You Are Here: Home - Manhaj - Akan Datang Zamannya: Apabila Pemerintah Jahat Seperti Syaitan (Petikan kuliah)


Berminat? Beli online di link



Penyampai: Ustaz Armen Halim Naro (semoga Allah merahmati beliau)

"Ketaatan kepada pemerintah hanya pada perkara-perkara yang baik, tidak ada ketaatan pada kemaksiatan.

Dalam sebuah hadis daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu 'anhu, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

يَكُوْن بَعْدِيْ أَئِمَّة لاَ يَهتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُوْنَ بِسُنَّتِيْ وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رجَال قُلُوْبُهُم قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنَ فِيْ جِثْمَانِ إِنْسِ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتَطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأطِعْ

"Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia." Aku (Hudzaifah) bertanya, "Apa yang perlu aku lakukan jika aku menemuinya?" Beliau menjawab, "(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat." (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 3/387, no. 3435)

Selain hadis ini, terdapat pula pesanan 'Umar al-Khaththab radhiyallahu 'anhu kepada Suwaid B. Ghaflah yang lebih menguatkan lagi.

Suwaid B. Ghaflah mengkhabarkan:

قَالَ لِي عُمَرُ: يَا أَبَا أُمَيَّةَ، إِنِّي لاَ أَدْرِي لَعَلِّي لاَ أَلْقَاك بَعْدَ عَامِي هَذَا، فَاسْمَعْ وَأَطِعْ وَإِنْ أُمِّرَ عَلَيْك عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجْدَعٌ، إِنْ ضَرَبَك فَاصْبِرْ، وَإِنْ حَرَمَك فَاصْبِرْ، وَإِنْ أَرَادَ أَمْرًا يَنْتَقِصُ دِينَك فَقُلْ: سَمْعٌ وَطَاعَةٌ، دَمِي دُونَ دِينِي، فَلاَ تُفَارِقَ الْجَمَاعَةَ

'Umar berkata kepadaku, "Wahai Abu Umayyah (Suwaid), mungkin kamu masih hidup setelah peninggalanku nanti, maka taatilah pemimpinmu walaupun ia seorang hamba berketurunan Habsyi yang cacat hidungnya, jika ia memukul (menzalimi) kamu maka bersabarlah, bila ia menghalang hak kamu maka bersabarlah, bila ia mengajak kepada perkara yang merosakkan urusan dunia kamu, maka katakanlah, "Kami dengar dan mentaati dengan darah kami, bukan dengan agama kami." Janganlah kamu berpecah dari al-Jama'ah." (Atsar Riwayat al-Ajurri, asy-Syari'ah, 1/38 dengan sanad yang sahih. al-Khallal, as-Sunnah, no. 54. Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 12/544, no. 34400. Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 8/159, no. 16405)

Setelah membawakan pesanan 'Umar ini, Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menjelaskan:

من أُمِّر عليك من عربي أو غيره، أسود أو أبيض، أو أعجمي، فأطعه فيما ليس لله عَزَّ وَجَلَّ فيه معصية، وإن ظلمك حقًّا لك، وإن ضربكَ ظلمًا، وانتهكَ عرضك وأخذ مالك، فلا يَحملك ذَلِكَ عَلَى أنه يَخرج عليه سيفك حتَّى تقاتله، ولا تَخرج مع خارجي حتَّى تقاتله، ولا تُحرِّض غيرك عَلَى الخروج عليه، ولكن اصبر عليه

"Sesiapa pun yang menjadi pemimpin ke atas kamu (selagi mana dia muslim), sama ada berketurunan 'Arab atau selainnya, hitam atau putih, atau selain bangsa 'Arab, maka hendaklah kamu taat pada apa yang diperintahkannya melainkan pada perkara maksiat kepada Allah 'Azza wa Jalla (maka jangan kamu ikuti). Dan walaupun dia menzalimi kamu, menyakiti kamu, memukul kamu dengan zalim, merampas harta dan hak-hak kamu, maka janganlah dengan sebab semua itu menjadikan kamu bertindak memeranginya dengan pedang (senjata), dan janganlah kamu keluar bersama-sama kaum khawarij sehingga menentangnya, dan juga jangan sampai kamu menghasut orang lain untuk keluar dari ketaatan terhadapnya, tetapi hendaklah kamu tetap bersabar." (al-Ajurri, asy-Syari'ah, 1/40)

Rujukan: Account Youtube Akhi Nawawi Subandi http://www.youtube.com/watch?v=dLqBhcNjFpg
Tags: Manhaj

0 comments

Leave a Reply