You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Sangat mengagumkan!!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Syaikh Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di rahimahullah ada menulis satu Kitab Tafsir iaitu Taisir al-Karimir Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Biasanya kena panggil Tafsir as-Sa’di. Banyak jilid jugak la buku tu.

Boleh tak kita bayangkan kitab tersebut diringkaskan? Dan apa yang lebih menarik ia diringkaskan oleh pengarang sendiri iaitu Syaikh As-Sa'di sendiri? Aku sendiri tak boleh bayang apa yang ditulis, tapi mesti menarik dan banyak manfaat yang boleh dikutip. Pasal tu aku rasa macam nak beli je ringkasan tu. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada syaikh Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di...



Penulis atau penyusun kitab ini asalnya telah menyiapkan sebuah tafsir yang sangat baik dari sudut manhaj, methodologi, kaedah yang padat, ayat-ayat yang mudah difahami, ringkas dan jelas penjelasannya. Namun, ia tetap masih kelihatan sangat besar dan tebal untuk ditela'ah golongan awam. Maka dicadangkan kepada Syaikh (penulis) agar menulis sebuah tafsir yang lebih ringkas dengan mencakupi pelbagai perkara untuk memudahkan para pembaca dari kalangan awam.

Maka, Syaikh Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di pun menyusunnya, dan siaplah sebuah lagi kitab tafsir yang cukup padat, ringkas, dan jelas penyampaian maksudnya.

Tafsir yang disusun oleh Syaikh as-Sa'di ini amat sistematik dari sudut susunan berdasarkan bab-bab yang beliau letakkan. Ia adalah bentuk susunan atau kaedah penyampaian tafsir yang jarang dilakukan oleh mana-mana penyusun. Tafsir ini dimulakan dengan bab Tauhid dan aqidah. Maka Syaikh pun membawakan pelbagai ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan yang mencakupi fokus utama perbahasan sekitar isu tauhid dan aqidah, dan beliau menafsirkannya dengan kaedah tafsir ahlus sunnah wal-jama'ah. Kemudian diikuti dengan bab seterusnya pun begitu juga, iaitu pada bab Iman kepada Rasulullah. Beliau membawakan ayat-ayat berkaitan dengan bab tersebut dan menjelaskan tafsiran-tafsirannya yang benar. Demkianlah seterusnya pada bab-bab yang lain.

Antara bab-bab yang lain adalah seperti bab beriman kepada hari kiamat, kepada para malaikat, anjuran memenuhi hak-hak Allah dan Hak-hak sesama manusia, hukum-hakam solat, kewajiban zakat, bersuci dengan air dan tayammum, seterusnya sehingga ke perbahasan bab-bab lain seperti jihad, sumpah, kisah-kisah para Nabi, dan lian-lain... Seolah-olah seperti penyusunan bab-bab dalam kitab-kitab hadis.

0 comments

Leave a Reply