You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Bagaimana Bila Penguasa Zalim?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, kali ni buku baru cepat sampai (15/4/2011). Buku yang aku beli:

1. Shahih Sirah Nabawiyah. Kajian Dr. Akram Dhiya' (link)
2. Shahih Asbabun Nuzul. Kajian Muhaddith Syaikh Muqbil Bin Hadi Al-Wadi'i rah. (link)
3. Bagaimana Bila Penguasa Zalim? Hubungan Rakyat dan Pemerintah Menurut Syariat Islam. Kajian Syaikh Abdus Salam Barjas rahimahullah (link).

Satu buku yang amat menarik perhatian aku ialah buku ketiga tu. Bagaimana Bila penguasa Zhalim? Hubungan Rakyat dan Pemerintah Menurut Syariat Islam yang dikarang oleh Syaikh Abdus Salam Barjas rahimahullah. (Biodata)

Secara umumnya, memang ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan yang ditulis dalam buku tu terutama pada zaman demokrasi ni. Tapi, wallahu'alam. Pada aku, itu lah cara terbaik dalam bermuamalah dengan pemerintah Islam lebih-lebih lagi di akhir zaman ni, zaman dengan pelbagai fitnah.

Semoga Allah SWT menunjukkan kita ke jalan yang lurus, jalan yang di redhai-Nya.

wallahu'alam

Mohd. Ikram Bin Jabilin,
Ranau,
10.03 pm
Monday, April 18, 2011

0 comments

Leave a Reply