You Are Here: Home - Download - Muhasabah: Bahaya Fitnah Kejahilan

[Gambar hiasan]

Dalam post yang lepas (Sikap Beragama: Menghadapi fitnah dan pertikaian),  Ustaz Fathul Bari telah menghuraikan antara sebab-sebab berlakunya fitnah. Salah satunya ialah kerana kejahilan. Post pada kali ini ialah berkaitan dengan huraian "Bahaya Fitnah Kejahilan". Secara ringkasnya dalam kuliah ini, Ustaz menghuraikan tentang dua keadaan manusia yang jahil iaitu:

i. Jahil tetapi tidak sedar akan kejahilan. Merasa seolah-olah berilmu tetapi pada hakikatnya jahil.
ii. Jahil(tahu dirinya jahil) tapi ingin terus menerus dalam keadaan jahil. Bosan dengan ilmu, benci dengan ilmu, menutup telinga-telinga daripada mendengar ilmu.

Suka untuk aku mengajak kita semua muhasabah diri, tanya diri sendiri, di manakah kedudukan kita sebagai seorang yang mengaku Muslim? Minta dijauhkan Allah kita termasuk di dalam dua golongan yang di huraikan oleh Ustaz. wallahu'alam.

Semoga bermanfaat.
-------------------------------------------------------------------------
Tajuk: Bahaya Fitnah Kejahilan (29/12/2009)
Oleh: Ustaz Fathul Bari

Streaming:


Antara yang dibincangkan:

1. Fitnah: Manusia berada di dalam dua kejahilan:

i.  Jahil tetapi tidak sedar akan kejahilan. Merasa seolah-olah berilmu tetapi pada hakikatnya jahil.
ii. Jahil(tahu dirinya jahil) tapi ingin terus menerus dalam keadaan jahil. Bosan dengan ilmu, benci dengan      ilmu, menutup telinga-telinga daripada mendengar ilmu.

2. Telah datang zamannya: Masa semakin singkat, ilmu berkurang, kurangnya amalan, terzahirnya fitnah, wujudnya sikap mementingkan diri sendiri, banyaknya pembunuhan demi pembunuhan.

3. Imam-imam yang tidak berkahwin kerana ilmu.

4. Kisah Imam Abu Hatim Ar Razi jual selipar untuk mendapatkan hadith Nabi SAW.

5. Hadith munculnya golongan Ruwaibidhoh. (Orang yang lekeh tetapi bercakap tentang urusan manusia)

6. Tidak semestinya orang yang berhujah dengan Al-Quran berada di atas kebenaran:
i.  Agama Syiah menggunakan hujah Al-Quran.
ii. Orang Melayu mengaku Rasul menggunakan hujah surah Yasin.

7. Prinsip di dalam memahami agama ini (Al-Quran dan As-Sunnah).

9. Prinsip beragama Imam As-Syafi'i rhm.

10. Keadaan di alam kubur kepada mereka yang berpaling daripada ilmu.

Soal Jawab:

1. Bagaimana cara untuk istiqamah dalam beramal.
Tags: Download

0 comments

Leave a Reply