You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Apabila Dia tunjukkan kekuasanNya, manusia akan jatuh tersungkur, tergamam..

Hosted by FreeImageHosting.net Free Image Hosting Service
 (Gambar hiasan)
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Telah terjadi satu peristiwa.... peristiwa yang membuatkan aku memuhasabah diri betapa Maha Kuasanya Allah SWT dan betapa sangat kerdilnya manusia ni.. Walaupun bukan terjadi kepada diri aku, tapi aku sendiri berfikir akan hal tersebut dan cuba mengambil seberapa banyak iktibar.

Aku merenung diri sendiri, siapa kita nak berlaku sombong dan angkuh di hadapan Allah jalla wa'ala? Sangat bodoh (maaf) manusia yang sedemikan rupa. Benarlah, pengajaran itu hanya akan diperoleh oleh mereka yang mahu berfikir.

"Wahai manusia, tidaklah kamu mahu berfikir?"

Apabila Dia tunjukkan kekuasanNya, manusia akan jatuh tersungkur, tergamam, terkaku... Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu merenung dan menginsafi atas apa yang berlaku. Ya Allah, betapa hebatnya kekuasanMu.

Aku membuka lembaran-lembaran kitab Ad-Daa' Wa- Ad Dawaa' yang dikarang oleh Imam Ibnul Qayyim rhm. Ya Allah sungguh ajaib aturan yang Engkau telah tetapkan. Insaf dengan satu perkataan yang dibawa oleh beliau rhm:

"...tidak setiap orang yang Aku beri nikmat dan kelapangan rezeki bererti aku memuliakannnya, begitu juga tidaklah semua orang yang Aku beri cubaan dan aku sempitkan rezekinya bererti Aku menghinakannya. Bahkan, Aku menguji orang ini dengan nikmat dan Aku memuliakan orang itu dengan cobaan"
(Ad-Daa' Wa Ad-Dawaa', penerbit Pustaka Imam Syafi'i, 2009, m/s 86)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (Al-An'aam: 44)

Ya Allah aku mengharapkan agar ujian dan peristiwa tersebut menjadi teguran daripadaMu kepada hambaMu yang lemah dan menunjukkan betapa Engkau masih menyayangi hambaMu. Ya Allah Engkau lindungilah dan berkatilah kehidupannya. Ya Allah engkau baikilah urusannya, dan jangan Ya Allah, jangan Engkau serahkan dirinya kepadanya walaupun sekelip mata.

Sesungguhnya jalan untuk kembali ke pangkuan Allah SWT sangat luas. wallahu'alam.


Mohd. Ikram,
7.44 am, 2/8/2011,
Ranau.

0 comments

Leave a Reply