You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Bercakap agama, mengaku benar, guna dalil, rupanya sesat!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Kadang-kadang aku dengar ceramah ustaz, ada yang kata (lebih kurang maksud) bukan semua orang yang berdalil dengan Al-quran dan As-Sunnah berada di atas kebenaran, sehingga dalil tersebut difahami dengan maksud, kefahaman yang benar.


http://www.freeimagehosting.net/uploads/d186563bdf.jpg
Berminat? Boleh beli di sini (link)

Aku baru baca buku terjemahan al-'Awashim Minal Qowashim (gambar). Tak sangka rupanya orang yang diperangi kerana enggan membayar zakat semasa Zaman Khalifah Abu Bakar ra pun menggunakan dalil.  

Menurut Ibnu Katsir, 6/311, ada di antara mereka yang guna dalil surah At-Taubah: 103.

Firman Allah yg bermaksud:

"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka." (At-Taubah: 103)

Kata mereka, "Kami tidak membayar zakat kecuali kepada orang yang doanya adalah ketenangan bagi kami" [1]

Selain itu firqah Khawarij juga menggunakan dalil. Sepertimana yang di catatkan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam salah satu penulisannya:

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir. [2]

p/s: Boleh baca kisah ni Sejarah Hitam Khawarij: Abdur-Rahman Bin Muljam, Potret Buram Seorang Korban Pemikiran Khawarij

Aku pernah tengok video Rasul Kahar. Insan ni mengaku jadi Rasul untuk orang Melayu, dan seperti biasa dia juga bawakan dalil iaitu Surah Yassin, http://www.youtube.com/watch?v=hN0R0dpWvmQ

Semoga dia sudah bertaubat.

Kesimpulan, kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan kefahaman Salafussoleh. Teruskan menuntut ilmu. Semoga kita berada di dalam kebenaran, doa kepada Allah.

p/s: Boleh dengar kuliah-kuliah yang membincangkan tentang manhaj seperti koleksi Kuliah Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat:

- Mereka bertanya tentang Manhaj Salaf
- Kembali Kepada Al-quran dan As-Sunnah
- Lau Kaana Khairan Lasabaquuna Ilaihi "Kalau sekiranya perbuatan itu baik, tentulah para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya"

...dan banyak lagi. (try cari)

Wallahu’alam

_____________
Nota kaki:

[1] Al-Imam al-Qadhi Abu Bakar Ibnul 'Arabi (wafat 543 H), Al-Awashim minal Qowashim fii Tahqiq Mawaqif ash-Shahabah ba'da Wafat an-Nabi (Tajuk terjemahan Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah) , Pustaka Sahifa, Cetakan 2010, m/s: 22-23

[2] Dr Mohd Asri (2009), Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka, http://drmaza.com/home/?p=752#more-752

Selesai ditulis oleh:

Mohd. Ikram Bin Jabilin
14 Muharram 1432 H / 20 Disember 2010-12-20
Ranau, Sabah

0 comments

Leave a Reply