You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Yeaaa... Lulus Ujian Memandu!!

Alhamdulillah, lulus pun ujian memandu... Hari ni aku pi driving test. Awal pagi aku jalan, pasal nak try2 driving kejap kat litar. Yang ambil ujian ada dalam kurang lebih 50+. Aku antara peserta paling last kena test JPJ. Masa driving hujan lebat pulak tu..huhu, mana pernah jurulatih ajar pakai wiper.. Tapi alhamdulillah lepas gak.. Siap dalam pukul 3.30 petang.

Lama dah aku nak ambil lesen ni, sejak aku masuk tahun pertama Universiti lagi. Tapi apa yang menyebabkan aku lambat ambil??
Jawapannya: (Baca ngan iringan lagu) Di hati ini, hanya tuhan yang tahu... hehe..

Boleh la aku jalan2 ngan gembiranya lepas ni.. Lulus ujian memandu, bermakna, aku dah maju setapak lagi ke alam...(jeng3x)..

Syukur sangat pada Allah. Harap2 ade lesen ni tak menjadi ujian untuk aku menambah dosa.. (Baca: Langgar peraturan jalan raya)...Undang2 kerajaan yang tak bercanggah dengan Quran dan Sunnah, kena la patuh..

"Ya Allah (Tuhan) yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, dgn rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, & janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata" (Riwayat Al-Nasa'i, di nilai Hasan oleh Al-Albani) sumber

Wallahu'alam

0 comments

Leave a Reply