You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Kenapa mudah sangat menghina orang?


Aku tulis ni masa nak tido dah. Entah la, tiba2 rasa nak luah sesuatu yang dah lama terpendam sejak aku sekolah lagi kot. Aku tak suka bila tengok perangai hina orang. Kenapa mudah sangat melafazkan kata-kata yang bisa menyakiti hati saudara sendiri? Adakah rasa puas apabila melihat saudara sendiri jatuh tersungkur akibat hinaan yang di buat?

Yang lebih menyedihkan kalau hal ni berlaku di dalam perbezaan pandangan ketika berbicara soal agama. Sangat mudah untuk hina orang hanya kerana apa yang diperkatakan tidak selari dengan selera diri.

Kenapa kadang-kadang ade manusia yang rasa diri dia tu hebat? Adakah sebab dia rasa dah bnyk sgt pengalaman dalam sesuatu perkara?

Bila nak berkomukasi, dia tak pernah nak fikir perasaan orang lain. Bila orang buat silap atau tak sejalan dengan fikrahnya, dengan pantas akan dicantas dengan kata-kata yang pedas, tanpa memikirkan mungkin orang yang dicantasnya tu tak sengaja atau tersilap, atau bukan itu yg di maksudkan?

Kenapa dia tak risau, hati sahabat sendiri akan terguris. Best ke sakitkan hati orang? Adakah rasa berpuas hati, jika kata2 yg pedas tu berjaya menyebabkan orang lain tersungkur, padahal yang perkara dibincangkan pun entah apa2, tidak memberi signifikan sangat pun(kalau ilmiah, boleh kira la jugak)

Tido lagi best...

0 comments

Leave a Reply