You Are Here: Home - Adab dan Perilaku Muslim - Istimewa Untuk Wanita: Saudariku... Apa yang menghalangimu untuk berjilbab?


Nama ebook: Jilbab Wanita Muslimah Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah (Terjemahan)
Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rah (meninggal 1420H)

Perbincangan berkaitan syarat-syarat jilbab iaitu:
1. Menutup seluruh tubuh, selain bahagian yang dikecualikan
2. Bukan untuk berhias
3. Tebal, tidak nipis
4. Longgar, tidak ketat
5. Tidak diberi wangi-wangian
6. Tidak menyerupai pakain laki-laki
7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir
8. Bukan pakaian untuk kemasyuran.

Ebook ini mempersembahkan perbahasan hadis-hadis berkaitan konsep pemakaian wanita menurut syariat Islam. Ia membincangkan sekitar had atau batas-batas wanita dalam mengenakan pakaian ke tubuhnya. Sama ada perlu longgar, bertudung, labuh, atau bagaimana, serta bahagian manakah yang boleh untuk tidak ditutupi. Ia juga menjawab pelbagai persoalan sekitar pemakaian wanita menurut Islam.

Segalanya dijawab dengan dalil-dalil yang sahih dan perbahasan yang ilmiyah oleh penulis yang merupakan seorang muhaddis (ahli hadis) terkemuka abad ini.

0 comments

Leave a Reply