You Are Here: Home - Manhaj - Hadith palsu tetapi disandarkan secara dusta kepada Imam Bukhari dan Muslim


Banyak blog2 islamic yang meletakkan dalil hadith ni berkaitan kewajipan tutup aurat.
p/s: Untuk tau dalil2 yang sahih pasal  kewajipan tutup aurat, antara yg aku cadangkan yg ada dlm blog ni http://muslimin88.blogspot.com/2010/09/istimewa-untuk-wanita-saudariku-apa.html 

Aku dah bertanya kepada dua forum yang insyaAllah ada Ustaz-ustaz boleh membantu. Di bawah ni salah satu jawapan. Semoga bermanfaat.
--------------------------------------------------------------

Soalan:

Assalamu'alaikum..

Benarkah hadith ni riwayat Bukhari Muslim? Ada yg kata bukan. Saya tgk kat internet hampir bnyk yg quote kan riwayat bukhari dan muslim.. Minta jasa baik penal IQ untuk tolong periksa..
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jawapan: 

Hasil pemeriksaan kami. Di dapati hadith ini merupakan keratan dari hadith yang panjang didakwa dari Sayyidina 'Ali bin Abi Tolib r.a. dan Fatimah r.a.. Hadith tersebut ialah:


عن الإمام علي بن أبي طالب قال: دخلت أنا وفاطمة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فوجدته يبكي بكاء شديدا فقلت: فداك أبي وأمي يا رسول الله ما الذي أبكاك؟ فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا علي ليلة أسري بي إلى السماء رأيت نساء من أمتي في عذاب شديد واذكرت شأنهن لما رأيت من شدة عذابهن
رأيت امرأة معلقة بشعرها يغلي دماغ رأسها، ورأيت امرأة معلقة بلسانها والحميم يصب في حلقها، ورأيت امرأة معلقة بثديها، ورأيت امرأة تأكل لحم جسدها والنار توقد من تحتها، ورأيت امرأة قد شد رجلاها إلى يداها وقد سلط عليها الحيات والعقارب، ورأيت امرأة عمياء في تابوت من النار يخرج دماغ رأسها من فخذيها وبدنها يتقطع من الجذاع والبرص، ورأيت امرأة معلقة برجليها في النار، ورأيت امرأة تقطع لحم جسدها في مقدمها ومؤخرها بمقارض من نار، ورأيت امرأة تحرق وجهها ويدها وهي تأكل امعاءها، ورأيت امرأة رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار وعليها ألف ألف لون من بدنها، ورأيت امرأة على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها والملائكة يضربون على رأسها وبدنها بمقاطع من النار، فقالت فاطمة: حسبي وقرة عيني أخبرني ما كان عملهن وسيرهن حتى و ضع الله عليه هذا العذاب فقال صلى الله عليه وآله وسلم:
يا بنيتي أما المعلقة بشعرها فإنها كانت لا تغطي شعرها من الرجال، أما المعلقة بلسانها كانت تؤذي زوجها،
أما المعلقة بثديها فإنها كانت تمتنع عن فراش زوجها، أما المعلقة برجلها فإنها كانت تخرج من بيتها بغير أذن زوجها، أما التي تأكل لحم جسمها فإنها كانت تزين بدنها للناس، أما التي شد رجلاها إلى يداها وسلط عليها الحيات والعقارب فإنها كانت قليلة الوضوء قذرة اللعاب وكانت لا تغتسل من الجنابة والحيض ولا تنظف وكانت تستهين بالصلاة، أما العمياء والصماء والخرساء فإنها كانت تلد من الزنا فتعلقه بأعنق زوجها، أما التي كانت تقرض لحمها بالمقارض فإنها كانت قوادة، أما التي رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار فإنها كانت نمامة كذابة، أما التي على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها فإنها كانت معلية نواحه، ثم قال صلى الله عليه وآله و سلم: و يل لامرأة أغضبت زوجها وطوبى لامرأة رضى عنها زوجها ...

Potongan yang kami hitamkan itu adalah potongan yang diterjemahkan dan didakwa diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN. Hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi s.a.w., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi 17/165

"Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadith ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi s.a.w., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi s.a.w. dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa 8/305 berkata:

"Hadith ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi s.a.w. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."

wallahu a'lam.

Sumber: http://al-qayyim.net/phpBB2/viewtopic.php?p=327#327
--------------------------------------------------------------------
Selain tu boleh juga membaca perbincangan di sini..
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16127&postdays=0&postorder=asc&start=0

Ada beberapa lagi riwayat yang dikesan disandarkan kepada Imam Bukhari dan Muslim tetapi sebenarnya tidak ada. Seperti yang kita sedia maklum, jika disandarkan kepada Imam Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka, maka hadith tu sahih. So, apa akan jadi kalau orang kata tu riwayat Bukhari Muslim tapi sebenarnya bukan? Antara hadith-hadith tersebut, boleh rujuk sini..
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=562831#562831 

p/s: Sebarang info harap dapat dikongsikan.. wallahu'alam
Tags: Manhaj

0 comments

Leave a Reply