You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Workshop on Skull Photograph Superimposition: Day 2

 
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, habis pun bengkel. Secara keseluruhan, kira jalan lancar la jugak. Tapi biasala, ada la satu dua part yang tak berjalan seperti yang dirancangkan. Macam tu la perancangan manusia. Aku teringat satu ayat Al-Quran yang bermaksud:
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216)
Then aku buka tafsir Ibnu Kathir. Aku tengok part "dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah: 216). Kata buku tu:


Hal ini bersifat umum mencakup semua perkara. Adakalanya seseorang mencintai sesuatu, sedangkan padanya tidak ada kebaikan atau suatu maslahat pun baginya. (Al-Imam Abul Isma'il Ibnu Kasir Ad-Dimasqi, Tafsir Ibnu Kathir,terjemahan Bahrun Abu Bakar Lc, Penerbit Sinar Baru Algensido Bandung, 2000)
...dan part "Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
Artinya, Allah lebih mengetahui tentang akibat dari semua perkara daripada kalian, dan lebih melihat tentang hal-hal yang di dalamnya terkandung kemaslahatan dunia dan akhirat bagi kalian. Maka perkenankanlah seruan-Nya dan taatilah perintah-Nya, mudah-mudahan kalian mendapat petunjuk. (Al-Imam Abul Isma'il Ibnu Kasir Ad-Dimasqi, Tafsir Ibnu Kathir,terjemahan Bahrun Abu Bakar Lc, Penerbit Sinar Baru Algensido Bandung, 2000)
Korang tau tak? Bila kita dah usaha dan rancang sesuatu kemudian perkara tu tak berlaku macam yang kita nak, ayat-ayat Quran macam yang aku bagi kat atas tu sebenarnya sangat menenangkan. Hmm.. semoga kita semua sentiasa mendapat taufiq dan hidayah-Nya.

Selepas packing semua peralatan (dalam pukul 5 pm siap mengemas), balik bilik tido, penat ooo. Esok puasa. Alhamdulillah dipertemukan dengan bulan puasa. Sapa nak kuliah2 berkaitan puasa, boleh le tengok2 post aku sebelum ni. Sahur pertama kat hotel, tak tau la hotel ade sedia sahur ke tak. Hopefully ade la.

Balik Kelantan insyaAllah esok.

0 comments

Leave a Reply