You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Workshop on Skull Photograph Superimposition: Day 1


Bismillahirrahmanirrahim.

5hb 8 lepas baru balik dari Pulau Pinang. Aku pi Penang 3hb 8 malam sebab ada majlis Konvokesyen. Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar walaupun aku ingatkan majlis formal sangat, rupanya agak santai sikit, ish,ish... Sampai kat Kelantan 6hb pagi.

8hb 8 jalan pulak pi Petaling Jaya untuk program bengkel. Tajuk bengkel ni  "Workshop on Identification of Human Remains Using Skull-Photo Superimposition: It's Relevance to South East Asian Countries". Aku pernah tulis pasal final project aku dulu berkaitan dengan skull photo superimposition.

Hari ni hari pertama di Jabatan Kimia Malaysia PJ. Tak buat apa pun, setup peralatan je. Lama gak, dari pukul 10 pagi sampai la 5 petang. Selepas habis setting peralatan, Bos aku merangkap presenter untuk Bengkel ni ajak pi makan makanan India. Huhu, dapat sikit ilmu pasal budaya masyarakat India. Makan makanan apa ntah, tak ingat nama dia.

Kat PJ ni tinggal di Shah's Village Hotel. Tinggal di hotel memang best. Tak biasa daa tinggal tempat mahal-mahal ni. Esok kena jadi fasilitator untuk bengkel tu. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan, Amin..
"Ya Allah (Tuhan) yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, dgn rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, & janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata" (Riwayat Al-Nasa'i, di nilai Hasan oleh Al-Albani) sumber

0 comments

Leave a Reply