You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Bicara Hati: Cubalah Memahami Hati Ini

Bismillahirahmanirrahim...

Tadi baca satu artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas".  Masa baca aku tertarik dengan beberapa ayat yang ditulis oleh Dr Mohd Asri. Mula-mula ayat nih..

Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,
 
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Subhanallah jalan ke pangkuan Allah memang sangat luas. Suddenly aku terbaca peranggan terakhir penulisan tu. Ayatnya macam ni..

Di suasana Ramadan ini, semoga taubat mempunyai ruang yang besar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika tersilap. Di samping insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberi peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.
 

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Kombinasi ayat tu buat aku berfikir kedudukan diri sendiri.. Korang faham tak apa yang aku nak sampaikan?? "Cubalah Memahami Hati Ini.. cewah.."

p/s: Dicadangkan untuk baca penulisan Dr Asri tu penuh. link

Recommended: Muhasabah: Taqdir Allah dan Ikhtiar Manusia

0 comments

Leave a Reply