You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Ummi.. It's been a long time

Tadi lepas maghrib, dengar kuliah Dr Najib Abdullah Al-Qari. Ustaz syarahkan kitab Al-Raheeq al-Makhtum (Kitab Sirah Nabi  SAW tulisan Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy). Selepas habis kuliah, ustaz tegur aku tanya pasal kuliah kat USMKK, tapi aku dah habis belajar dah, so tak tau sangat macam mana.

Sebenarnya dah lama aku nak tanya ustaz pasal ummi aku (semoga Allah merahmati dia) sebab Abah aku cerita, dulu Ummi aku dengan ayah Ustaz Najib (Abdullah Al-Qari) tu rapat. Bila aku tanya "Ustaz kenal tak Azizah Binti Yusof?" tiba-tiba raut wajah ustaz berubah seperti mengenangkan peristiwa lama. He said that my mom is a very nice person and he invited me to his house.

Hmm..I wonder, what is so special about my mom? Dah tua-tua ni baru terasa nak ambil tahu dengan lebih mendalam.. hehe..tak pe, masih sempat selagi masih diberikan Allah SWT peluang hidup... Abah aku pernah gak cerita perihal ummi aku ni.. It's been a long time after her death.. Masa aku darjah tiga, jadi tak banyak perkara yang boleh diingatkan..

Apa pun, cerita atas tu Muqaddimah je. Sebenarnya nak kongsikan link untuk donwload kitab Al-Raheeq al-Makhtum (Kitab Sirah Nabi SAW tulisan Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy). Ni link nya (tapi kena daftar dulu)..

Semoga bermanfaat, wallahu'alam.

0 comments

Leave a Reply