You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Keliru: Antara Dua Kasih --- [1]

Bismillahirrahmaanirrahim..

Tajuk kat atas tu buat aku teringat antara lagu nasyid yang pernah aku bawa ngan kawan-kawan masa kat univerisiti. Asalnya daripada kumpulan UNIC.. Tapi tu la, dah lama dah.. Sekarang dah buat keputusan nak berhenti jadi 'penyanyi nasyid sambilan' :)...


Pernah satu ketika aku sangat keliru antara dua perkara. Dua perkara yang menentukan hala tuju aku seterusnya dalam beragama.. Aku try macam2 sekadar yg mampu untuk mencari jawapan bagi kekeliruan tersebut.. Satu hari aku terjumpa satu doa yang di ajar oleh Nabi SAW yang sangat kita cintai. Doa yang menenangkan.. Alhamdulillah

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ ، وَمِيكَائِيلَ ، وَإِسْرَافِيلَ ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)."
Sumber

Subhanallah, bila baca dan hayati doa ni betul-betul, terasa kerdil sangat. Siapa la kita ni kalau tak mengharap kepada Allah SWT yang menjadi tempat sembahan, tampat bergantung harap, tempat mengadu, tempat meminta pertolongan etc, insaf,insaf..

Doa tu Nabi SAW yang ajar. Hmm.. tak rasa bertuah ke kalau dapat baca? Nabi SAW tuu yang ajar. Bayangkan...Best nyer.. . Selalu orang ingat, nak ingat ke Nabi SAW ni dengan buat Maulid. Bab maulid ni aku sendiri setuju benda tu bidaah.

Huhu...tak reti menulis daa... Apa pun, walau apa pun kita buat kat dunia ni, always remember yang kita ni tak hidup lama kat dunia. Pejam celik, pejam celik, last2 tak celik-celik dah. Ade hak kita kepada Allah SWT dan kepada manusia yang perlu di jaga dan tunaikan. Semoga Allah SWT berikan kekuatan... Amin..

Wallahu'alam.

0 comments

Leave a Reply