You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Adab dan Perilaku Muslim: Bicara Tentang Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni buka blog dan tengok post terbaru adik aku. Ade satu posting yang aku tak sangka. My father talked to my sister about Love... Hari tu pernah gak abah aku tanya pasal benda kahwin-kahwin ni.. Senang je aku cakap, "Tunggu dapat kerja tetap".. terus stop.

Nasihat Abah aku tu untuk adik aku. Tapi secara umumnya, boleh je untuk semua orang, extract isi-isi penting. Aku ni copy paste je, tu je yg reti pun. Kira posting ni exclusive la, sebab aku jarang(rasanya tak pernah lagi) post benda-benda macam ni. Tapi pasal nasihat Abah aku punya pasal, nak la jugak masuk kan dalam blog.


Paling aku minat tulisan yang akhir.."apa yang penting rujuklah AL-QURAN dan sunnah NABI MUHAMMAD SAW...". Cuma aku nak tambah sikit je. Di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah perlu kepada pemahaman yang betul. Berapa banyak firqah yang kata nak kembali kepada Quran dan Sunnah tetapi akhirnya sesat kerana prinsip di dalam memahaminya tidak betul.

Aku bagi contoh pemahaman yang salah bagaimana kisah khawarij menggunakan Al-Quran untuk mengkafirkan orang Islam. Boleh baca kat sini apa ayat Quran yang dorang guna dan apa feedback Sayidina Ali ra terhadap mereka - Nampak kuat agama tapi...

So, kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan kefahaman, manhaj para sahabah dan generasi yang mengikuti mereka dengan baik. Beberapa link yang boleh dibaca..

1. [Download Kuliah] Upgrade Kaedah Kita Beragama: Lau Kaana Khairan Lasabaquuna Ilaihi (Kalau sekiranya perbuatan itu baik, tentulah para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya)

2. Nikmatnya Islam berdasarkan Manhaj Salafussoleh

3. Petikan Kuliah: Manhaj Salafussoleh

Semoga bermanfaat. Wallahu'alam.

p/s: Style posting berbeza sikit, sebab tu aku copy paste terus dari blog adik aku.
_______________________________________________

pesan abah tentang CINTA



akhirnya terjawap persoalan aku tentang CINTA..
sepanjang cuti ,aku memang berniat nak tanya abah tentang CINTA,
tp aku seganlah...:P
x sangka hari terakhir aku di sabah,segalanya terjawap..

terima kasih ALLAH..ALLAH yang mentakdirkan segalanya..
sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang ada di dalam HATI kita


Mase nak tunggu flight aku berlepas kat KL,
aku pun bawaklah makan2 kfc jap kat airport.
makan punya makan,dah nak habis makan tu,abah mula berPESAN:

yang lebih kurang ayatnye mcm ni:

''sekarang dah penghujung remaja,
jadi hati-hati
sekarang ni x kira yg solat,x solat,
pakai tudung,tak pakai tudung,
kalau dah tiba soal cinta,
sangat bergantung kepada iman kita
semua ni permainan emosi dan perasaan..''

aku pon TERDIAM..

pastu aku pon tanya abah:

''jadi abah,kalo kita suka seseorang tu mcm mana?
ye lah dalam hidupnikan selalu je jumpa ngan orang yg kita suka..
mcm mana nak handle bende tu?
tp kak teh tak nak couple(maksud aku sebelum kawin),sebab tau bende tu x boleh.''

abah pon jawab sambil terseyum:

''semua orang pon mcm tu..
nak wat mcm mane,kepada ALLAH jugaklah..
(mksud abah, kepada ALLAH la kite kene mengadu dan memohon kpd ALLAH supaya diberikan kekuatan untuk hadapi semuani..)
bukan tak boleh nak suka,tapi mcm mane kita kawal perasaan tu...''

aku TERDIAM lagi

abah pesan lagi:

''kalau tentang COUPLE,dah jelas dalam ISLAM,rujuk balik Al-Quran
ALLAH ada berfirman yg bermaksud:
JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA''
itu dah jelas...

aku TERDIAM lagi...

pesan abah yang terakhir:

''yang paling penting kena SABAR
sekarang,apepon SABAR...''

aku terus DIAM..
''terima kasih abah''

MORAL OF THE STORY:
CINTA tak salah tapi COUPLE,DATING????(sebelum kawin)
aku tak nafikan,kerana aku jenis yang suka pendam perasaan,maka bila aku suka seseorang,aku biarkan ia pergi bagai angin lalu....(melepas je..hehe)
bagi aku,CINTA tu penting,aku sendiri lahir ATAS NAMA CINTA
cuma sekarang masa untuk STUDY
masanya akan tiba untuk aku mencari seorang bakal suami
dan mungkin ada hikmahnya
aku perlu siapkan diri dulu

''perempuan mengimpikan lelaki yg baik dan soleh
tetapi sedarlah perempuan juga perlu berusaha untuk menjadi yang solehah..''

aku tahu akan timbul pelbagai pendapat bila berkata soal cinta,
ini hanya satu daripadanya..ada yang setuju dan ada yang tidak...
bagi aku tak ape,masing2 punya hak ingin bersuara,cuma perlu ada hadnya..
apa yang penting rujuklah AL-QURAN dan sunnah NABI MUHAMMAD SAW...

jika kita menahan diri dari melakukan sesuatu yang haram kerana ALLAH,maka ALLAH akan beri dengan jalan yang halal...
bersabarlah.....\(^_^)/


bacalah buku INDAHNYA CINTA:)

0 comments

Leave a Reply