You Are Here: Home - Akademik - My Final Project Research


Alhamdulillah baru habis presentation final year project.. Antara conclusion final year project aku.. The reliability of the skull-photo superimposition technique will increase if the specific parameters for determining the 'life size' enlargement and technique for positioning the skull was used, improve the method for evaluating the match, and using 'life-size' image for study on the TV screen.

Nak cerita sikit apa yang aku buat. Dalam forensik antropologi, salah satu perkara yang diberikan penekanan ialah proses pengenalpastian individu yang tidak dikenalpasti (macam pelik je ayat). Salah satu teknik yang digunakan ialah 'Skull-photo superimposition'.

Dalam teknik ni, identification kena buat dengan menyupe'impose'kan(jangan guna ayat ni, aku cipta sendiri) gambar kepada tengkorak. So, kalau semua ciri-ciri yang ada pada tengkorak tu correlate dengan ciri-ciri yang ada pada gambar kepala, maka tengkorak tu berkemungkinan milik individu yang ada dalam gambar tu..

Tapi masalahnya, kajian lepas menunjukkan ada kebarangkalian untuk gambar seseorang untuk match dengan tengkorak yang bukan milik individu dalam gambar tu.. Fenomena ni kita panggil false match. Contohnya kajian daripada Austin-Smith and Maples (1994). Kajian dorang menunjukkan berlakunya 9% false match untuk gambar pada frontal view.

Cuma, masalah bagi kajian lepas, antaranya dorang tak guna apa-apa specific parameters untuk 'life size' enlargement dan masa tu dorang guna TV 12" (jenis old school punya, so faham-faham la macam mana resolution TV tu) untuk kaji gambar yang kena superimpose. So, mesti la tak berapa jelas kan?

Aku pulak guna specific parameters dan hasilnya tak de satu pun false match yang berlaku. Tapi masalah untuk study aku ni limit number of sample. Aku guna 10 gambar je berbanding dengan Austin-Smith dan Maples, dorang guna 98 gambar frontal view dan 97 gambar lateral view. Jadi untuk masa hadapan, untuk meningkatkan lagi keputusan kajian aku tu, kena tambah bilangan sample supaya boleh tanding dengan pengkaji lepas.. Tu la serba sedikit apa yg aku buat...

Apa pun bersyukur sangat-sangat pasal dapat siapkan final year project ni..
Tags: Akademik

0 comments

Leave a Reply