You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Kuliah Sunnah: Dulu aku jual, sekarang boleh tengok dengan percuma



Dulu masa kat USM Kubang Kerian, aku pernah jual DVD kuliah dan salah satu daripada kuliah yang aku jual ialah "Seminar terbuka: Iman Orang Asing". Ada 10 DVD dan harga nya aku jual RM 80. Aku bagi satu berita baik sebelum aku nak balik sabah iaitu boleh beli kuliah-kuliah tu dengan 3 jenis bayaran:

1. Free
2. Suka hati
3. Harga asal

Huhu.. apa daa punya berniaga, macam tak pernah dibuat orang..haha...

Sekarang ni satu lagi berita baik.. DVD yang harga RM 80 kat atas tu boleh di tonton dengan percuma di Youtube. "Seminar terbuka: Iman Orang Asing". Boleh klik dan download di hyperlink tu...

Kenapa orang asing? Apa yang ada pada orang asing? Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Ada satu artikel yang ringkas pasal perkara tersebut di link ni.. http://buletin.muslim.or.id/at-tauhid-tahun-iii/islam-awalnya-asing-dan-akan-kembali-dalam-keadaan-asing

Hmm... apa pun semoga link pasal "Seminar terbuka: Iman Orang Asing" memberikan manfaat..

p/s: huhu daripada RM 80, pilihan bayaran, sampai la boleh tgk percuma... ambil peluang dan manfaat tu..insyaAllah..

Semoga bermanfaat, wallahu'alam

0 comments

Leave a Reply