You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Kuliah Online: Kuliah Manhaj Salaf di Radio Rodja (Indonesia)



Website: http://www.radiorodja.com/
Live streaming: http://www.radiorodja.com/live-streaming

Kat atas tu jadual kuliah-kuliah insyaAllah manhaj Salaf. Hmm.. teringinnya ade macam tu kat Malaysia. Islam ni di bangunkan atas dasar ilmu, bukan atas dasar hawa nafsu. Manusia ni jahil, dan untuk mengetahui ajaran islam, perintah dan larangan Allah kena la belajar, sebab perkara tu ilmu.

Bila manusia buat sesuatu kesilapan macam buat bidaah ke, buat maksiat ke, adakah dorang sengaja atau atas dasar jahil? Kalau sengaja dan menolak hukum Allah yang telah jelas kepadanya, maka tunggu la balasan Allah SWT di akhirat. Sebaliknya kalau jahil, maka jawapannya kena belajar.

Oleh itu, kuliah-kuliah yang kat atas tu menjadi salah satu sumber untuk mendalami ilmu Islam. Kena la adil. Tak kan la langsung tak de masa untuk Islam. Aku kadang-kadang bagi tau kat adik aku yang kuat main, aku kata:

"Pagi main, tengah hari main, petang main, tak kan la malam pun nak main? Nak ke kalau pagi pi sekolah, tengah hati pi sekolah, petang pi sekolah, malam pi sekolah? Mesti tak nak kan?"

Jadi hidup ni kena adil. Ada perkara-perkara yang bersangkut paut dengan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Bersikap adil lah dalam melalui hidup di dunia yang sementara ni sebagai hamba Allah SWT. Matanglah dalam beragama..

wallahu'alam.

0 comments

Leave a Reply