You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Pertama kali...


Rasanya ni la kali pertama tulis secara santai. Selalu copy paste hasil kerja orang.he2 . Sem ni penat gak (walaupun tak banyak kelas sebenarnya). Final project tak siap lagi, final exam pun dah dekat.. Adehla.. Nak study + fikir final project. Bila rasa down atau susah, aku suka sangat dengan doa ni..



"Ya Allah (Tuhan) yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, dgn rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, & janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata" (Riwayat Al-Nasa'i, di nilai Hasan oleh Al-Albani)

Subhanallah, bila baca dan hayati doa ni betul-betul, terasa kerdil sangat. Siapa la kita ni kalau tak mengharap kepada Allah SWT yang menjadi tempat sembahan, tampat bergantung harap, tempat mengadu, tempat meminta pertolongan etc, insaf,insaf..

Doa tu Nabi SAW yang ajar. Hmm.. tak rasa bertuah ke kalau dapat baca? Nabi SAW tuu yang ajar. Bayangkan...Best nyer.. . Selalu orang ingat, nak ingat ke Nabi SAW ni dengan buat Maulid. Bab maulid ni aku sendiri setuju benda tu bidaah.

Huhu...tak reti menulis daa... Suka sangat dengan tulisan kawan aku sorang ni, Azahiri(junior aku sebenarnya). Bila baca macam tengah baca komik ujang dan yang seanggkatan dengan nya.. haha jgn marah ekk..

Apa pun, walau apa pun kita buat kat dunia ni, always remember yang kita ni tak hidup lama kat dunia. Pejam celik, pejam celik, last2 tak celik-celik dah. Ade hak kita kepada Allah SWT dan kepada manusia yang perlu di jaga dan tunaikan. Semoga Allah SWT berikan kekuatan... Amin..

Wallahu'alam.

0 comments

Leave a Reply