You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Diari Seorang Penuntut Ilmu: Bersedekah Diam-Diam

Nukilan seorang Hamba Allah... (Semoga Allah SWT merahmati beliau )

SIRI 2: BERSEDEKAH DIAM-DIAM

Biasanya pada hari jum’at di sekitar masjid tempat ana solat jum’at, berkumpul beberapa orang fakir miskin. Kalau ana ada kelapangan rizki, ana sempatkan beli nasi bungkus untuk sedekahkan untuk mereka.

Yang kadang jadi masalah buat ana pribadi adalah ana ingin sedekah ni tak usah ditengok siape-siape, tapi masjid ni pulak terletak ditepi jalan yang ramai, sehingga kalau nak kasi sedekah banyak orang yang liat. Nak kasi pagi-pagi sekali si fakir belum datang, mereka biase datang menjelang solat jum’at, nak cari fakir miskin ditempat lain takde pulak (maklum bandar tempat ana tinggal ni tak seberapa besar).

Kenape tak suke ditengok orang ramai ? Nak ikhlaskan niat lah tu. Ana memang nak belajar ikhlas, dan ikhlas tak bise dicapai kecuali dengan selalu melatih diri supaye ikhlas. Dan bersedekah diam-diam ni ana anggap salah satu caranya, walaupun ana tidak menafikan sedekah secara terang-terangan jika dianggap ada maslahatnya, seperti untuk memberi contoh atau untuk memotivasi orang lain agar bersedekah.

Dalam bab sedekah diam-diam ni ada satu kisah teladan yang diceritakan dalam kitab “Siyar A’lam Nubala” karangan Imam Az-Zahabi, yakni pada biografi tabi’in bernama Ali bin Al Husain (wafat 94 H). Dikisahkan beliau semasa hidupnye disangka seorang yang kedekut karena tak pernah terlihat bersedekah. Sewaktu beliau meninggal, ketika dimandikan terlihat bekas-bekas hitam dipunggungnya. Keluarganya lalu bercerita bekas hitam tersebut berasal dari kebiasaan beliau yang pada malam hari bersedekah dengan memikul karung gandum untuk dibagikan kepada fakir miskin di Madinah. Beliau melakukannya pada malam hari agar tidak dikenali, dan penduduk Madinah baru mengetahuinya setelah ia wafat. Semoga Allah merahmati beliau.

Semoga bermanfaat, Wallahu'alam.

0 comments

Leave a Reply