You Are Here: Home - Fikrah - Seputar permasalah hiburan: Hiburan dan Mahasiswa

Assalamu'alaikum..

InsyaAllah kali ni, saya akan bagi link berkaitan dengan tajuk posting ni. Kadang-kadang orang marah kalau ditegur, marah dengan pendekatan, antara alasan kenapa tak bagi tahu awal-awal. Seringkali pula kalau dikatakan, "perempuan tak boleh buat macam ni" nanti akan dibalas, "ala..bukan naik nafsu pun". Nasihat saya, berhukum la dengan Al-Quran dan Sunnah bukan pandangan akal semata-mata (cadangan bacaan, aliran pemikiran irja'). Kita ada panduan yang kita akui, Al-Quraan dan As-Sunnah.

Rentetan daripada itu, saya dengan
usaha yang tak seberapa ni meringan kan jari jemari ni untuk memberikan sedikit input dan maklumat agar kalau ada yang rasa tidak berpuas hati, saya katakan.."Datangkan hujah-hujah kamu jika kamu orang yang benar"... Dan sesunggunya sebagai umat Islam, kebenaran itu disukat dengan Al-Quran dan As-Sunnah dengan kefahaman Salafussoleh.

" Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, "Nasihat itu adalah hak Allah, kitabNya, RasulNYa, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)" (riwayat Muslim di dalam Sahihnya)

p/s: untuk syarah hadis kat atas tu boleh lawati http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/agama-adalah-nasihat-1.html"

Bila membaca nanti, nasihat saya, tenangkan fikiran, berfikir secara matang dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. (Muslim should be like that)
p/s: Saya mendoakan semoga kita semua mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT dan sentiasa diredhai Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.









Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:

Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Semoga bermanfaat, wallahu'alam
Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply