You Are Here: Home - Fikrah - Sebuah Fenomena: Antara lelaki dan wanita

Mukadimah kejap, biar 'lipat' elok2 dan faham konsep :)

Islam sebagai satu cara hidup memberikan panduan di dalam setiap perkara yang dilalui oleh muslim di dunia ni. Cumanya tinggal, kita nak ikut atau tak... Yakinlah setiap peraturan yang ditetapkan adalah untuk kebaikan umatnya. Setiap peraturan yang memberikan kemudharatan akan di berikan keringanan daripada Allah. Sebagai contoh mudah, dalam solat kena berdiri, tapi kalau menjadi mudharat kepada umat, Allah SWT membenarkan solat duduk dan seterusnya(InsyaAllah semua tahu). Contoh lain, kalau tak de air atau sakit tak boleh ambil wudhu', Islam benarkan tayyamum, di mana tayyamum ni mudah je.. tak susah.. Agama itu mudah,

Firman Allah: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185)

Firman Allah: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28).

Dalam hadith Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).

Tapikan...mudah-mudah jugak...kalau MALAS tu lain cerita ekkk..Jangan memandai nak tafsir bukan-bukan....

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu, Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna

Terlalu Banyak Kisah Rogol, Deraan Seksual, Pembunuhan Wanita dan Sebagianya, Maka ingin saya berkongsi pesan Allah swt dlm hal ini agar kita sama-sama saling mengingat dan sama-sama muhasabah diri utk berusaha mengikut segala perintah Allah swt dan nescaya Allah pasti akan menjaga kita. InsyaAllah..

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu dan Peliharalah Kemaluanmu Kerana Ia Lebih Suci Buat Kamu Dan Ingatlah Bahawa Allah Sentiasa Melihat Apa Yang Kamu Lakukan

Allah berfirman,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dgn Sempurna Dengan Menutupi Dada dan Juga Menutup Seluruh Badan Dengan Pakaian Yang Longgar Serta Tidak Berwangi-Wangian. Nescaya Allah Pasti Menyelamatkah Kamu Dari Gangguan Manusia

Allah berfirman,"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An-Nuur 24:31)

Allah berfirman,"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Al-Ahzzab 33:59)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]

Amalan kan doa yang sahih ini, Smg dengan usaha doa, Allah swt akan sentiasa berada bersama muslimah2 solehah, menjaga mereka dan sentiasa memberi perlindungan kepada mereka. InsyaAllah..

doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Sumber: http://asyrafdinie.blogspot.com/2010/01/wahai-lelaki-beriman-tundukkanlah.html retrieved January 03, 2010


Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply