You Are Here: Home - Fikrah - Nasihat kepada Mahasiswa: Datangkan hujah-hujah kamu jika kamu orang yang benar.

"Ada orang kata Islam tu tak menghalang hiburan. Ya, betul, tapi di dalam nak meletakkan apakah garis panduan bukan la dengan hawa nafsu dan akal fikiran sendiri. Mestilah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Datangkan hujah-hujah kamu jika kamu orang yang benar."

Assalamu’alaikum w.t.b. Alhamdulillah selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bersyukur kepada Allah kerana masih mengekalkan kita di dalam nikmat Iman dan Islam.

Perkara yang hendak diketengahkan ialah berkenaan hiburan. Terdapat pelbagai jenis hiburan, nyanyian, lukisan, permainan dan lain-lain. Islam bukanlah agama yang mengharamkan hiburan secara keseluruhan. Tetapi hiburan perlulah bertepatan dengan kehendak Islam. Islam mengharuskan hiburan.

Hiburan yang dimahukan oleh Islam adalah hiburan yang berasaskan kepada penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi kemajuan intelektual, akhlak dan pendidikan masyarakat.

Semoga Mahasiswa dapat menilai dahulu setiap perbuatan sebelum melakukannya. Jadilah Mahasiswa yang matang di dalam beragama. Pastikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan agar hidup kita tidak terjerumus ke dalam perkara yang dimurkai Allah.

Berlaku khilaf di dalam hukum muzik di mana ada yang mengharamkan dan mengharuskan. Jadi fikir la elok2 bagaiman bentuk nyanyian yang kita pilih selama ini. Di kala ade ulama yang mengharamkan muzik, sesetengah orang begitu lalai di dalam memilih muzik yang sesuai, penyanyi, penampilan, dan lain-lain

Ada orang kata Islam tu tak menghalang hiburan. Ya, betul, tapi di dalam nak meletakkan apakah garis panduan bukan la dengan hawa nafsu dan akal fikiran sendiri. Mestilah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Datangkan hujah-hujah kamu jika kamu orang yang benar.

cadangan bacaan :http://muslimin88.blogspot.com/2010/01/islam-membantuk-minda-yang-kritis-dalam.html

semoga bermanfaat, wallahu'alam

Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply