You Are Here: Home - Download - Kuliah Ustaz Fathul Bari - hadis pertama hadis 40 Imam Nawawi (sambungan)

Terima kasih kepada sahabat di Al-Fikrah.net yang bagi link dan info pasal kuliah yang alhamdulillah memberikan manfaat dan nasihat kepada umat Nabi SAW. Walaupun tak dapat pi, tapi semoga rakaman mp3 ni dapat memberikan manfaat.

Perbincangan masih pada hadis pertama hadis 40 Imam Nawawi iaitu berkenaan dengan niat. Dibawah adalah serba ringkas point2 penerangan Ustaz Abu Islam pada rakaman kuliah ini:

1. Isu pembakaran dan pengeboman gereja

a. Pembakaran boleh dilakukan oleh sama ada orang islam yang tidak memahami agama atau orang kuffar yang ingin mengambil kesempatan

b. Ustaz Fathul-Bari mendapatkan komentar dari Syaikh Mashyur Ibnu Hasan Ali Salman (menetap di Jordan dan murid senior Syaikh Albani) dan Syaikh memberikan wasiat tentang isu ini melalui Ustaz Fathul Bari, berikut adalah dua nasihat sebagai tindakan kita sekarang:

i. Jangan sama sekali kamu berpegang kepada sesuatu yang tidak kamu ketahui kebenarannya,pendengaran, penglihatan, hati kesemuanya akan dipertanggungjawabkan.Syaikh berkata, jangan tuduh manusia seberangan, selama mana tidak dapat memastikan kebenarannya. Syaikh juga berkata dalam situasi seperti ini kita perlu berdiam diri, jangan beri apa-apa komen dan tunggu tindakan dari pemerintah dan dari para ulama'. Pada ketika ini, umat-umat manusia mengkaji dan mengaji ilmu.

ii. Syaikh berkata, ahli ilmu mengingkari secara terang dan jelas perbuatan ini.

2. Isu penggunaan nama Allah oleh Kristien

-Kembali kepada hadis pertama Arbain Imam An-nawawi berkenaan ikhlas.

-Ada 3 jenis orang yang berkata dan berbuat tentang ikhlas:
1. Sibuk beramal tanpa memikirkan tentang ikhlas.
2. Tidak mahu beramal kerana takut tidak ikhlas
3. Mempelajari bagaimana untuk ikhlas.

-Syarat diterima amal ada 2:
1. Ikhlas semata-mata kerana Allah swt
2. Ittiba' kepada sunnah nabi saw dalam beramal

Sesape nak dengar ni link download...

Kuliah Ustaz Fathul Bari - Hadis pertama hadis 40 Imam Nawawi

Siri lepas klik kat sini.

Semoga bermanfaat, wallahu'alam

Tags: Download

0 comments

Leave a Reply