You Are Here: Home - Adab dan Perilaku Muslim - Adab dan Perilaku Muslim: Larangan Tajassus(Siri 2): Akhlak Nabi SAW Yang Kita Cintai :), politik, dan media

InsyaAllah saya akan cut and paste 3 petikan artikel berkenaan tajassus(mengintip). Kalau nak baca artikel penuh, boleh layari link yang diberikan sebab saya akan ambil yang saya rasa sesuai tanpa masukkan apa-apa isu, wallahu'alam.

Akhlak Nabi SAW Yang Kita Cintai :), Politik, dan Media

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata"

Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

Dahulu saya sudah sebut hal ini. Ada yang enggan mendengarnya kerana mereka merasakan mungkar mesti didedahkan sebagai pengajaran. Padahal Islam mempunyai pendirian yang berbeza. Akhirnya, hasil daripada sikap suka mengintai dan mendedahkan perkara dalam ‘kain orang lain’ sekalipun pelakunya cuba menyembunyikannya, maka kita lihat penyakit ini merebak ke dalam berbagai sektor kehidupan. Politik kita pun, politik lawan selak kain. Ekonomi pun demikian. Akhirnya, harga maruah menjadi murah dalam masyarakat kita.

Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian. Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.

Semoga bermanfaat, Wallahu'alam.

Sumber: Dr Mohd Asri, Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari, http://drmaza.com/home/?p=480#more-480 retrieved January 14, 2010

0 comments

Leave a Reply