You Are Here: Home - Fikrah - Soalan dan jawapan yang best

Nak berkongsi satu pertanyaan yang di buat oleh seorang hamba Allah kepada seorang ustaz..

Hamba Allah
Ustaz, kadang2 kan bila saya tgk banyak sgt perbezaan pendapat ni, saya rasa makin rindu kat Rasulullah SAW.. sebab saya teringin kalau ade problem je tanya terus kat Nabi SAW..

Ermm.. perasaan mcm tu salah ke ustaz?

Jawapan ustaz...
Perasaan itu tak salah. Cuma jangan kita menyalahkan Qadar.

Fitrah yang Allah jadikan ialah manusia ini berbeza pendapat.

Allah berfirman:
ولا يزالون مختلفين إلا من رحم ربك
Dan sentiasalah mereka berselisih pendapat, melainkan mereka yang diberi rahmat Allah tuhan mereka.
( Hud: 118-119.)

Orang yang beriman kepada Allah azza wa jalla dan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam sentiasa akan sentiasa ada perasaan rindu dan cinta.

Di sini, kita berusaha mencari perkara yang paling dekat dengan Sunnahsollallahu 'alaihi wa sallam - dari segi Aqidah, HuKum, Akhlak, Penyucian Diri- supaya dapat diikuti. Memang manusia berbeza pandangan dan pendapat. Namun, kebenaran mesti dicari. Dan kebenaran hanya ada pada Allah dengan mengikut jalan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam.

Firman Allah:
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم
Katakan (kepada Ahli Kitab): Jika kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku, maka Allah akan mencintai kamu dan mengampun dosa kamu
(Ali 'Imran: 31)

Teruskan mencari kebenaran. Mudah2an kita dibangkitkan bersama dengan kumpulan Nabi sollallahu 'alaihi wa salam

اللهم إنا نسألك مرافقة نبيك محمد صلى الله عليه وسلم في الجنة


Wallahu'alam
Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply