You Are Here: Home - Fikrah - Berhentilah: Cerita Pelik dan Islam Terkejut !!

Bismillahirrahmanirrahim

Dipetik daripada website: muzir.wordpress.com

Berhentilah dari berbohong. Berhentilah dari terburu-buru membawa berita yang belum pasti kesahihannya. Berhentilah dari gelojoh mengaitkan semua berita-berita yang belum pasti ini dengan agama. Berhentilah dari berasa ajaib kepada sesuatu sebelum menyelidikinya. Kerana kita tak mahu kesan dari terburu-burunya kita, gelojohnya kita, bodohnya kita terpalit pada agama yang kita cintai.

Sebahagian kita menggunakan kisah-kisah ini untuk mengisafkan sebahagian ahli masyarakat. Jika ingin berdakwah, berdakwahlah bersumberkan sesuatu yang jelas. Dan sumber yang jelas lagi sohih, pastinya datang dari al-Quran dan as-Sunnah. Kita masih belum memaksimakan mengambil manfaat dari kedua-dua sumber tersebut. Mulakan sekarang!

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(al-hujuraat: 6)

Semoga bermanfaat. wallahu'alam

Cadangan bacaan: http://muslimin88.blogspot.com/2009/10/kewajipan-menyemak-sanad-dan-matan.html


Tags: Fikrah

0 comments

Leave a Reply