You Are Here: Home - Diari Seorang Penuntut Ilmu - Antivirus Tak Payah Update?

Bismillahirrahmanirrahim

Selalunya saya akan tukar2 antivirus.. Kadang-kadang AVG, symantec la, pastu tukar pulak pi avira free edition, tapi masuk jugak virus ni., ish-ish, ganas-ganas. Sekarang ni terpaksa guna dua antivirus, satu yang ade real time protection dan satu lagi untuk scan, bitdefender free edition 2009. Tapi kena rajin update la, kalau tak, tak de maklumat virus-virus terkini, so antivirus tak dapat kesan virus. Macam biasa, tengah syok berforum kat al-fikrah.net, seorang forumers bagi satu maklumat.. Antivirus buatan malaysia!!. Yang best nya...tak payah update tuuu..



"Pengeluar-pengeluar produk antivirus Amerika Syarikat (AS) mengatakan yang ia mustahil. Tapi, kami, anak Malaysia membuktikan yang mereka salah," kata ketua pegawai operasinya, Mohamad Razali Salleh ketika ditemui Infiniti di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini".


"Kita akan melancarkannya bermula di Malaysia sebelum di negara-negara yang lain. Walaupun 12 buah negara Eropah telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan kita, tetapi kita tetap mahu memulakan pelancarannya di negara kita sendiri. Sebuah negara Eropah bahkan mahu kita membantu mereka bagi sekuriti komputer dalam bidang militari," tambahnya sambil menjelaskan sistem sekuriti Ikona sesuai untuk segala peringkat daripada sekolah, rumah, pejabat, firma, bank, kerajaan sehingga ke bidang pertahanan.


Tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya menerusi pangkalan data virus, Mohamad Razali berkata, ia bermakna, Ikona mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali. "Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus yang kita sudah kenal. Ini kerana, kita tidak memerlukannya.


Ikona boleh membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak dikenali," katanya. "Ikona adalah perisian pintar. Apa yang dilakukan Ikona hanyalah memfokuskan agar sistem komputer tidak 'mesra malware' dan melindungi data komputer daripada penceroboh. Ikona juga bukan membunuh virus apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum ia memasuki RAM lagi," katanya.

Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm retrieved October 2, 2009

http://www.ikonasoftware.com/?page=102&parent=1 retrieved OCtober 2, 2009

0 comments

Leave a Reply